I Think I Smell A Rat

Ada adik ni tanya aku pasal SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA... what do I think about it? Aku cakep, I think I smell a rat, oh I think I smell a rat... Bukan apa, sesetengah manusia di Malaya ni ya amat suka bersangka baik sentiasa, khasnya kalau kerajaan tu sendiri yang buat skim whatever skim. Ramai yang akan terus berfikir, sure halal punya tu beb. Walaupun dah sah-sah ada bau bangkai, ntah macam mana ada jugak hidung sipolan sekian-sekian yang masih tercium bau perfume jugak tuh. Ramai orang Melayu kat Malaya berfikiran bahawa orang Melayu itu orang Islam, dan kalau ko sokong (dan ko pangkah calon... err... you know?) orang Melayu - sure berkat dan sure boleh masuk syurga kat akhirat nanti. Dik, orang Melayu tu lain dik, orang Islam tu lain... jangan kompius. Straight to the point, jangan suka kelentong diri sendiri (for whatever reason you have in your mind). Kalau ko sungguh-sungguh jadi Melayu, ko ingat ko akan masuk syurga sebab ko Melayu erk? Dan jangan lupa, ramai orang Melayu memang perasan Islam (tapi perangai sekoq-sekoq cam lahanat), dan ada ramai jugak yang menggunakan (sentimen) Islam untuk buek duik buat bekalan ke liang lahad (beli Coke kat vending machine gitu), dan lagik ramai pulak "do not give a fuck" pasal Islam whatever, jangan ko tak tahu pulak. Jangan kompius benda-benda sempoi sebegini. Dan lagi pulak... ntah sejak bila ahli politik kat Malaya ada kesah halal-haram ntah. Beats me, man. 


Kengkadang aku selalu terfikir, apekejadahnya la umat meleis tu suka sangat buat MLM dan skim piramid, suka sangat kena kelentong dan mengelentong sesama bangsa, dan tak kesah sepatah-haram langsung rezeki tu halal ke haram ke. I always wonder you know, sapa la tok gurunya neh? Who the fuck that taught these people: "As long as it's money... who the hell cares where they come from? As long as I have the money... yeaaaa!"?


Hey... now I know.


Kalau korang nak berdebat, nak ulas, dan nak selidik tentang apekebenda skim hebat anjuran kerajaan Melayu Malaya ni sampai ke atas dan bawah, kiri dan kanan... sure man, knock yourselves out. Sure ada ramai yang akan kasi "justification" tentang pelaburan SARA 1Malaysia neh - dan bagaimana ianya akan bermanfaat untuk kasi golongan berpendapatan rendah satu "option" untuk melabur duit mereka yang memang asalnya memang ada seciput. Tapi bang, namanya pun "golongan berpendapatan rendah"... duh! Nak cari RM500 pun merangkak, inikan pulak ada selepok RM5000 sesaje duit dia orang tarak keje, boleh erk senang-senang nak "melabur" dalam skim whatever? Seriously? Golongan miskin ada RM5000 dalam tangan di saat ini? Well, who knows... maybe they have. Who am I to say huh?


Eh, kalau takde duit RM5000 tuh... takpe, penganjur skim pelaburan (hey, whaddya know... It's the government!) ni dah sediakan kemudahan untuk buat pinjaman bank sebanyak RM5000 kepada sapa-sapa yang tak pernah ambik subjek ekonomi kat universiti (duh again!), dan tak pernah tahu dan tak pernah terfikir bahawa... saranan untuk melabur dengan cara meminjam wang daripada pihak lain adalah saranan jenis yang dikategorikan sebagai saranan pelaburan bullshit. Satu saranan ekonomi first-class yang akan mengayakan pihak bank/ceti/along dan memperkuli-batakkan si peminjam. I thought everybody knows that. Well, apparently not. Excellent eh? Only in Malaya baybeh!


Aku kompius gak... (although actually) sesaje aje buat-buat kompius. Al-kesahnya, SARA 1Malaysia akan memberikan pulangan RM134 sebulan selama 5 tahun, kalau ko ada RM5000 selepok dalam poket seluar ko tu laaa. Tapi kalau ko tak amik RM134 tuh, ko biar dia mengeram kat dalam skim pelaburan neh, 5 tahun lagik ko akan dapat RM13,000. Tapi kalau buek pinjaman bank, ko kena bayar bulanan RM84 balik kat bank, dan ko pulak dapat RM50 sebulan, dan kalau dieram, ko akan dapat hasil untung RM3,000 selepas 5 tahun. Eh betui ka? RM84 kali 60 bulan... RM5040. Errr, bank komersial pinjamkan RM5000, dapat balik RM5040 aje selepas 5 tahun bang? RM40 jek geng penelan riba' boleh dapat untung? Wow! Seriously? What the hey? Aku salah kira ke neh? Hey, did I say... "I think I smell a a rat? Oh, I think I smell a rat".


Tapi bang, eh dik... kalau janjinya ko leh dapat pulangan RM134 sebulan, untuk setiap bulan selama 5 tahun - itu BUKAN skim pelaburan tu bang/dik. PELABURAN tidak melibatkan janji keuntungan yang tetap setiap bulan... right on the money, every single month. Kok ada kelonggaran dan olahan ekonomi yang tercanggih dan terkini yang udah boleh menukar maksud istilah PELABURAN eh? Sejak bila, dan fatwa ni datang daripada mana pulak kok? Meh aku copy-paste sket pernyataan tentang isu pelaburan dalam Islam - kita anggaplah di sini bahawa orang Melayu "is equal" to orang Islam (kita anggap sajalah erk?):
1. "Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah atau riba'. (Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat). 2. "Telah ijma seluruh imam-imam (mujtahid) di mana termasuk dalam syarat sah sesebuah pelaburan "mudarabah" itu adalah mestilah pembahagian keuntungan dibuat secara nisbah untuk si pelabur dan pengusaha tanpa menentukan jumlah tertentu bagi sesiapa antara mereka". 3. “Tiada jaminan ke atas sesiapa yang dikongsi keuntungan dengannya.” (Al-Mughni, Ibn Qudāmah, 5/32). 4. Jika terdapatnya jaminan keuntungan atau jaminan modal, ia juga akan mencanggahi prinsip asal pelaburan Islam yang meletakkan konsep: "Keuntungan adalah melalui penanggungan risiko". (Al-Qawāʾid Al-Fiqhiyyah, Al-Nadwi Ahmad.A, Dār Al-Qalam, Syria, 2000), p. 411; Durar al-Ahkām Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 87, 9/90). 5. Sesiapa yang berkehendak mendapatkan manfaat dari sesuatu, mestilah baginya menanggung kemudaratannya. (Durar al-Ahkam Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 85, 9/90).
Tapi, kita bukan bercakap pasal ekonomi Islam eh? So, who the hell cares anyway?


To cut the story short, these are things that go through my mind....


1. Kalau rezeki yang orang miskin tu dapat adalah riba' dan haram... who the hell cares huh? Orang miskin maaaah... dia orang perlukan duit. Duit apa tu bang? Dan banyak ke duitnya? RM134 sebulan. Wowweeeee!


2. Apa yang RM134 sebulan boleh kasi kat mamat dan minah miskin ni untuk bulan ini bang? Kok buek taik gigi erk? Ini nak kasi orang miskin tu semua tambah senang ke... atau nak kasi orang kaya tertentu dan bank komersial tu semua "easy money"? See here... RM134 sebulan untuk seorang manusia will change NOTHING for the guy, but 100,000 people donating 500 MILLION HENGGET to some entity under the government... err... eerrr... eerrrr... did I say just now that I think I smell a raaaaat...?


3. Okay, kalau ada 100,000 orang miskin (yang tak sekolah... preferably) sedia untuk melabur - itu 500 juta hengget tu bang. Woohoohoo! Tapi janjinya, ia akan membesar sebagai johan selepas 5 tahun kepada 1.3 billion hengget, dan akan diagihkan kepada setiap sorang daripada 100,000 orang miskin tadi. Uik! Mana duitnya nak bayar gaji CEO, elaun adik sedara CEO, saguhati 5-pupu CEO, kondo CEO 1.35 juta hengget, gaji kerani CEO, gaji tukang sapu CEO...? And who the hell is the CEO btw? Seriously? Pelaburan tu bang... tapi tak dinyatakan duit 500 juta ini akan dilaburkan kat mana ek? Dan pulangannya mak-datuk wooweee... oh I already said that. Again, labur kat syarikat mana bang? Confirmed leh dapat untung sekian-sekian jumlahnya setiap bulan erk? Confirmed untung... tapi kalau rugi camana pulak? Takpe... kerajaan Malaya akan back-up, gitu? Dijamin dunia-akhirat neh. Kalau rugi... mintak "pinjam" duit kerajaan la eh? Eh, duit kerajaan tu duit sapa? Dah siap mintak kebenaran pembayar cukai ke tak neh? Oh ya... sejak bila pembayar cukai ada suara dalam hal-hal beli kondo dan bayar tukang sapu erk? Rakyat tak kesah... setiap kali PRU, dia orang tetap pangkah calon "orang Melayu". Apedehal?


4. Member aku cakep, ini bukan skim pelaburan tetapi ianya adalah "government bond issue" - dan aku balas kat dia balik... "What the fuck man? You think I'm your student yang cun-melecun kat kelas ko tu erk? I won't let you kenyit-kenyit mata at me brader... Anyway, aku takmo ambik kira kalau ko takrifkan skim ini sebagai "risk-free bonds" dan kerajaan boleh naikkan cukai atau start cetak duit bebanyak sesuka-hati untuk bayar keuntungan kepada geng orang miskin yang melabor, bila sampai masanya 5 tahun nanti. Ko boleh janjikan kerajaan tidak akan mungkir janji ka beb? Hey, kerajaan Russia dan Greece tu pun pernah "default" pada "government bond" dia orang wei. Ko beranggapan bahawa kerajaan Malaya sekarang akan kekal... sure, pasti, confirmed... memerintah 5 tahun lagi erk? Sure brader? Ke kerajaan satu lagik yang akan tanggung beban benda neh? Sebab kesiankan orang miskin, kerajaan mana satu pun akan tanggung jugak... gitu? You wanna bet? Sejak bila orang kaya kesah sangat kebajikan orang miskin ni bang? Is that what you mean by, "risk-free"? Even then... it's still taxpayers' money maaah!"


5. Like I said... RM134 sebulan untuk seorang orang miskin is nothing man. Sekali aku gi Tesco, aku dah berbelanja RM200-400 ringgit, dan kengkadang sampai 2-3 kali sebulan (anak 8 der). Aku isi minyak kereta dah RM120 sekali isi, dan aku kena ulang stesen Petronas tu setiap minggu tu beb. Sure ada korang yang akan cakep RM134 tu banyak pada seorang miskin (yang dah ada RM5000 dalam poket dia, doing nothing) - and I would surely replied, I still honestly think you're a real bona-fide dumbass. RM134 IS NOTHING TODAY, I kid you not! Not for the rich, not for the poor. Wake up wei! But... 500 million ringgit is another thing altogether. 50 million pun best gak ya bang? Huih! 5 juta hengget pun jadi la beb. 500,000 hengget amacam? Sekarang aku tanya lagik sekali: Skim pelaburan yang hebat dan berwawasan ni sebenarnya untuk sapa ni bang? Untuk orang miskin ka?


6. I thought I said I'd cut the story short... duh!


7. Okeh, okeh, okeh... sure ada korang si pemangkah tegar yang akan men-troll kat comment-section kat bawah yang akan mempertikaikan apa sahaja yang aku cakep, sebab korang memang species meleis wadefak, dan takde sapa dah boleh selamatkan korang daripada DNA wadefak yang korang ada dalam nukleus sel masing-masing. Dah pasti ada yang akan cakep bahawa kerajaan Malaya dah ada mekanisme untuk mengelakkan penipuan, dan kerajaan yang memerintah sentiasa akan mengutamakan kebajikan rakyat lebih daripada kebajikan lembu... bla bla bla. Yang lain pulak akan cakap, skim ini adalah di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan mereka sure dah lantik Panel Syariah yang kan memastikan "pelaburan" ini adalah halal dan dia orang tu pun sendiri dah siap book bilik hotel 4-star untuk korang kat syurga (hotel 5-star hanya untuk pangkat executive hingga pangkat CEO aje beb)... so, apa nak risau eh?


Well, this all remind me of my childhood... you know. Masa dulu-dulu, mase man masih kecik ya amat bebenor weh hoi... ada banyak benda yang lain sket daripada apa yang ada sekarang. Ada satu masa dulu, lebih ramai orang pompuan Melayu yang tak pakai tudung daripada yang pakai tudung, berlambak Melayu yang berduyun-duyun beli loteri dan nombor ekor tak sudah-sudah, dan ramai yang minum stout sebab sesaje suka minum stout... apedehal? Sure sekarang pun ada gak umat meleis yang macam tu... tapi ada korang yang takleh rasa "the environment of the time" masa dolu-dolu... yang mana aku panggil "Zaman Jahiliyyah Orang Melayu". I give you an example:


I remember those times... and it's just not about the beer and what not. Melayu masih dijajah mindanya dan tubuh-badannya sekali waktu tuh... dan ramai orang Melayu masih duduk kat kampong, takde bekalan air dan api letrik. I remember those times, and rather fondly, I might add... now. And then things started improving in the 80's and 90's and in the new century. But now... I have a feeling we're back to a new zaman jahiliyyah balik dah. Why so, brother? The freaking thing up there (the SARA1M, not the stout) is just a simple mechanism of RIBA', among other things. But look who's advocating it, man. Wow!


Korang yang pangkah dulu kan? Are you proud now?

Ha... next time, pangkah lagik. Melayu 4eva!